Sunday, May 24, 2009

PENGAKAP MANIK KAYU PKK/1-169 2009

Satu Perkhemahan Pengakap Negeri Selangor, Kursus Manik Kayu Peringkat Satu telah diadakan di SMK Jalan 3, Bandar Baru Bangi, Hulu Langat pada 22 - 24 MEI 2009. Seramai 48 orang ahli pengakap Kanak-kanak, Pgk Remaja dan Pgk Muda telah menjalani latihan. Seramai 6 orang telah menerima pengiktirafan Manik kayu di Selangor.Dua orang dari Banting, Pn.Norliah (SK Sri Langat) dan Ms Lee telah menerima pengiktirafan manik kayu. Selain itu En.Ravichandran Topekan (SK Sungai Lang, Banting) juga telah mendapat pengiktirafan sebagai peserta terbaik bagi kategori PKK Selangor. Anugerah tersebut telah disampaikan oleh Tn Hj.Rahmat Pegawai Pengakap Unit Latihan Negeri Selangor.
Peringkat ke-3 akan berlangsung pada 26-28 June 2009 di Templer Park. Kepada sesiapa yang berminat sila hubungi Pesuruhjaya Pengakap Daerah dan daftarkan diri di daerah masing-masing sebelum tarikh berkenaan. "ONCE A SCOUT, ALWAYS A SCOUT"