Sunday, September 26, 2010

Kes Sosilawati



26/9/2010

Kes jutawan produk kosmetik, Sosilawati 47 dan usahawan India Muthuraja masih hangat dibicarakan di pekan ini. Hampir setiap hari terdapat berita baru. Selain carian di Ladang Gadong usaha masih diteruskan di kunci air Sg.Langat, longkang berhampiran Econsave Banting dan Sg.Lang. Pada 25/9/2010 lapan suspek dibawa ke 2 tempat berasingan iaitu di Subang Jaya dan Banting. Suspek diminta melakonkan peristiwa yang telah berlaku pada hari kejadian.



Sosilawati sempat SMS suamiOleh Hardi Effendi Yaacob, Wan Faizal Ismayatim, Suhana Roslan, Nor Fazlina Abd Rahim dan Sukhairi Abd Thani 7/92010
Jutawan kosmetik gagal dihubungi selepas ke Banting untuk urusan beli tanah KUALA LUMPUR: Pengasas Nouvelle Visages, Datuk Sosilawati Lawiya, 47, dikatakan sempat menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) ke telefon bimbit suaminya beberapa jam sebelum dilaporkan hilang ketika ke Banting, Selangor untuk menguruskan pembelian tanahnya pada 30 Ogos lalu. Tanpa mendedahkan butiran SMS itu, sumber memberitahu Berita Harian, ia adalah komunikasi terakhir antara jutawan kosmetik berkenaan dengan suaminya yang juga seorang ahli perniagaan berasal dari Indonesia.







2010/09/26




Keputusan identiti DNA 2 minggu lagi





DUA daripada tiga suspek utama dibawa keluar dari Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Langat, semalam



KUALA LUMPUR: Pasukan forensik dan jabatan kimia memerlukan sekurang-kurangnya dua minggu lagi untuk mendapat keputusan identiti ujian Asid Deoksiribonukleik (DNA) ke atas sisa tulang berkaitan kes bunuh Datuk Sosilawati Lawiya dan rakannya. Pasukan itu dikatakan menghadapi kesukaran mendapatkan pengesahan ujian kerana keadaan sisa tulang ditemui dikategorikan ‘uzur’ selepas dibakar dan memerlukan penelitian khas menggunakan kaedah berbeza daripada amalan biasa.




26/9/2010




Isteri peniaga India tangguh hasrat pulang ke Chennai

BANTING: Isteri ahli perniagaan India yang hilang sejak lapan bulan lalu di negara ini, S Usharani, 24, menangguhkan hasratnya pulang ke Ramapuram, Chennai, hari ini. Beliau berkata, ini kerana polis masih dalam proses mengambil keterangannya bagi membantu siasatan kes kehilangan suaminya, Muthuraja Allal Kanthan, 34, yang kemudian disahkan dibunuh.







2010/09/26




Polis temui dua 'kubur'

JENTOLAK dibawa ke lokasi pembunuhan Sosilawati dan tiga individu lain di Ladang Gadong, semalam.



Suspek maklum sendiri tanam dua mayat di kawasan ladang BANTING: Kehilangan individu lain yang dikaitkan dengan suspek utama kes pembunuhan Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga rakannya mendapat petunjuk baru selepas polis menemui dua lokasi di Ladang Gadong, Tanjung Sepat, di sini semalam, dipercayai tempat dua mayat ditanam.

2010/09/26

Kawasan kunci air tumpuan cari bukti baru

BANTING: Kawasan Kunci Air Pekan Banting, di sini, sekali lagi menjadi tumpuan orang ramai apabila sepasukan anggota Unit Menyelam Pasukan Gerakan Marin (PGM) menjalankan operasi mencari bahan bukti baru berhubung kes pembunuhan jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga individu lain. Sepasukan anggota termasuk dari Unit Forensik bersama 12 kenderaan polis dilihat memasuki kawasan kunci air berkenaan di Jalan Persiaran Majlis di sini kira-kira jam 11 pagi semalam.
'Polis mampu selesai kes, heret suspek ke mahkamah'2010/09/26
KUALA LUMPUR: Bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Zaman Khan Rahim Khan, yakin polis mampu menyelesaikan kes pembunuhan jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga yang lain serta membawa suspek ke muka pengadilan. Zaman Khan yang kini memegang jawatan Presiden Majlis AIDS Malaysia, juga berkata pengalamannya sebagai pegawai kanan polis menunjukkan tiada jenayah yang dibuat tanpa meninggalkan bukti dan menjadi tugas pihak berkuasa berusaha bersungguh-sungguh untuk mencari bukti dan mengaitkan ia dengan suspek di mahkamah

2010/09/26

Tiga suspek kes Sosilawati dan jutawan India direman enam hari

SEPANG: Mahkamah Majistret Sepang membenarkan tahanan reman terhadap tiga suspek termasuk peguam dua beradik dalam kes pembunuhan jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya, bermula hari ini sehingga 1 Oktober ini.
Semalam, ketiga-tiga suspek yang tamat tahanan remannya di atas siasatan kes pembunuhan Sosilawati dan tiga yang lain, ditahan semula bagi membantu siasatan kehilangan jutawan dari India itu. Sosilawati, 47, bersama pemandu peribadinya, Kamaruddin Shamsuddin, 44, pegawai bank CIMB cawangan Kampung Baru, Kuala Lumpur, Noorhisham Mohammad, 38, dan peguam peribadi, Ahmad Kamil Abd Karim, 32, dilaporkan hilang sejak 30 Ogos lalu selepas dikatakan ke Banting untuk urusan pembelian tanah. Pada 13 September lalu, polis mengesahkan keempat-empat mereka dipukul sampai mati sebelum mayat mereka dibakar dan abunya dibuang ke dalam sungai berdekatan Ladang Gadong, Banting. Ketiga-tiga suspek tiba di perkarangan mahkamah pada jam 9.35 pagi dalam tiga kereta berasingan dengan kawalan rapi polis. Mereka kemudian meninggalkan mahkamah selepas perintah tahanan reman itu dikeluarkan Majistret Hurman Hussain pada pukul 11.40 pagi. Ravi berkata majistret meminta seorang anak guamnya yang mendakwa dipukul oleh pihak polis semasa direman sebelum ini supaya membuat laporan mengenai perkara itu. "Kita akan berjumpa dia (anak guamnya) bagi membuat laporan polis," katanya. Beliau berkata laporan itu dijangka dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Langat di Banting pada hari ini atau dalam masa terdekat. Bagaimanapun, beliau berkata seorang lagi suspek masih lagi tidak diwakili peguam. Selain daripada Ravi, dua beradik peguam itu diwakili oleh Datuk Ng See Teong, R.Pushpa dan Amer Hamzah Arshad.- Bernama
Outfit and photos that Sosilawati never got to see




KUALA LUMPUR: A stylish pantsuit hangs on the rack of a designer’s showroom






Ampang here but the customer it was tailor-made for will not be back to claim it.
Datuk Sosilawati Lawiya had asked designer Arma Abd Rahman to make her the chic outfit – a long, embroidered dark top with Nehru collar and matching pants – after they met while shopping at Jakel Boutique, Jalan Tunku Abdul Rahman.
Sosilawati had enquired from the boutique owner’s wife, Farah Haryani, if she knew of any designer who could make her the outfit within two days.
“Farah instantly recommended me and I took Sosilawati’s measurements to make the outfit. But until now, the pantsuit has not been claimed. Sosilawati wanted me to keep it first. Maybe during that time, she already had another outfit,” Arma told Mingguan mStar.
Last dress: Arma showing the tailormade outfit that Sosilawati never got to collect
“Now, I am not sure whether to keep the outfit or give it to Sosilawati’s children; it all depends on her family,” she said, adding that the outfit cost RM1,000.
Photographer Natrah Mat Jaan who snapped some photographs of the cosmetic queen and her family on Aug 29, a day before she went missing, noticed that Sosilawati was unusually quiet.
Natrah said she tried to contact Sosilawati the next day but could not reach her.
Sunday September 19, 2010
New twist in Sosilawati murder case
By wani muthiah wani@thestar.com.my

KLANG: The murder of cosmetics queen Datuk Sosilawati Lawiyah has taken another twist with drama unfolding in India.
Besides S. Usharani – the woman who spoke to the press appealing for information on her missing husband, businessman A. Muthu­raja – another woman in India has claimed to be the man’s lawfully-wedded wife.
S. Ramalakshmi, 36, said al­­though she was estranged from Muthuraja, they had planned to get back together.
She also claimed that Usharani, 24, was not legally married to Muthuraja.
Muthuraja disappeared after meeting the two lawyer brothers who are the main suspects in the murders of Sosilawati and three others.
In other developments:
> Muthuraja’s father believes that his son is not dead but is only being held captive;
> Two men, one picked up on Friday and the other yesterday, have been remanded for a week in connection with the disappearance of the Indian businessman; and
> Three others, including the brothers, had their remand order extended for another week.

Related Stories:














Wednesday, September 8, 2010

Sunrise in Banting


BantingBanting is a principal town in the district of Kuala Langat. Selangor in Malaysia. Banting has apopulation of48.240. It is situated on the banks of Langat River (Sungai Langat in Malay). It was probably also known as Rest Town or Bandar Persinggahan of Federal route. The hisRest Town or Bandar Persinggahan of Federal route http://en.wikipedia.org/wiki/File:Jkr-ft5.png. The historical Bandar Jugra, a former royal town of Selangor is situated near Banting. Its popular for small scale industry product like kerepek and belacan.Banting in Popular CultureLost in Banting is said to be the first art film made in Banting. It is considered an "uber-artsy" film, even out-artsying the pretentious films made by Malaysia's indie-film stalwarts; James Lee and Tan Chui Mui. Like many other pretentious Malaysian made art films, Lost in Banting relied heavily on long-takes and static shots, morose characters, and features minimal dialogue. "Lost in Banting" was made without a budget, it was shot with a Canon G7 point and shoot camera. The grainy picture quality boost it's artistic credibility.
Semakan Daftar Pemilih
http://daftarj.spr.gov.my/daftarj/