Wednesday, December 8, 2010

Belajar First Aid







Gimnastik semester 4 PGSR-PJ


Beginilah gelagat guru PJ. Orang lain pun buat degree tapi taklah sampai berguling-guling, melompat-lompat dan lompat lombol terkangkang-kangkang. Penat jerih tak tau berbaloi ke tak.


PANGKOR - PENDIDIKAN LUAR

Begitulah pengalaman Pendidikan Luar 18 - 23 November 2010 di Kem Rimba Pangkor

Tuesday, November 9, 2010

Makanan Dan Budaya Kaum


Makanan memainkan peranan dalam sesuatu kaum. Ada makanan kegemaran dan begitu juga makanan yang dilarang. Orang Melayu tidak makan daging babi. Begitu juga orang India tidak makan lembu. Maklumat ini walaupun diketahui umum namun ia tidak dipraktikkan. Orang Melayu mengharapkan kaum lain memahami dan menghormati budaya mereka tetapi mereka gagal menghormati budaya kaum lain. Ini jelas menjurus kepada kegagalan 1 Malaysia, SK Seri Cheding telah mengadakan jamuan tahun 6/ 2010. Saya dijemput dan dihidang limpa lembu. Perkara begini telah berlaku sebelum ini pada jamuan Hari Guru 2010 di sekolah ini dan telah ditegur oleh saya supaya mengadakan makanan yang boleh dimakan oleh semua seperti ikan dan ayam. Namun perkara ini terus diulang dan semua guru berkelakuan seperti tiada apa yang berlaku atau sedikit pun tidak menunjukkan rasa bersalah. Apakah perasaan kaum Melayu jika dihidang babi bersama makanan lain. Kan ada makanan lain disebelah lembu, makanlah... kan ada makanan lain disebelah babi, makanlah.... Adakah ini budaya Malaysia? Adakah ini akan membantu mewujudkan perpaduan? Cakap tara serupa bikin......... Janganlah gagalkan 1 Malaysia...

Wednesday, October 6, 2010

Luahan Hati


Dalam menjalankan tugas di tempat kerja terdapatlah segelintir guru-guru yang mempertikaikan tugas kita. Bukan apa cuma sekadar renungan kita bersama. Saya diarahkan menjadi Pengawas Peperiksaan PMR 2010. Apabila saya ke sekolah salah seorang pentadbir sekolah telah menyoal dan mempertikaikan. Soalannya - semasa Peperiksaan UPSR guru-guru sekolah rendah tak pernah minta tolong dengan guru-guru sekolah menengah. Mengapa mereka nak panggil guru-guru sekolah rendah untuk Peperiksaan PMR? Dia tanya saya, Peperiksaan Akhir Tahun dah dekat tak risau ke? Saya kata apa boleh buat ni pun salah satu tugas rasmi di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia juga. Kita yang menurut perintah menerima arahan dan melaksanakannya. Kalau cikgu tak puas hati silalah maklumkan atau buat bantahan dalam mesyuarat pentadbiran bersama PPD atau Unit Peperiksaan di Jabatan.
Saya dah cuba jelaskan tapi beliau kurang senang juga. Tak taulah beliau ni ingat kita buat kerja-kerja luar sekolah ni dapat duit satu guni kot. Bagi saya duit bukannya hal sangat. Minggu lepas saya telah bertugas hari Jumaat, Sabtu dan Ahad dalam Perkhemahan Pengakap Daerah bagi sekolah rendah dan menengah. Kami mula kerja seawal 5.oo pagi hingga 1.00 pagi. Kami tak pernah dibayar satu sen pun. Kami pun tak kisah. Yang sedihnya ada pemimpin pengakap yang bawa anak kecil 6 tahun semasa perkhemahan. Anaknya pulak alergi kena bawa ke klinik. Bukannya dapat claim. Kita tak dibayar dan kebanyakkan masa kita belanja lebih. Lu pikirlah sendiri anak-anak dan suami/isteri apa kena mengena sampai mereka pun berkorban dan terkorban sama. Pada masa yang sama orang lain berehat bersama keluarga di rumah. Jadi janganlah berkira sangat dan mempertikaikan. Berapa banyak Sekolah Menengah berbanding sekolah rendah? Berapa ramai guru sekolah menengah berbanding guru sekolah rendah dalam daerah? Janganlah terlalu mempertikaikan sehingga memecah belahkan sekolah rendah dan menengah.

Sunday, October 3, 2010

Pengakap Kuala Langat




Unit Latihan Pengakap Daerah Kuala Langat telah mengadakan Ujian Lencana Keris Emas, Ujian Lencana Jaya dan Ujian Lencana Tertinggi pada 1-3 Oktober 2010 di SJK (T) Simpang Morib, Banting, Selangor. Antara aktiviti-aktiviti yang dibuat ialah expedisi dan khidmat masyarakat.
(Gambar Kiri) Kelihatan ahli pengakap menunjukkan keadaan longkang yang dicemari dengan sampah sarap dalam perjalanan ke lokasi khidmat masyarakat di Taman Damai, Banting. (Gambar Kanan) Pesuruhjaya Pengakap Daerah Kuala Langat , En.Rashidi Bin Abd. Rahim menunjukkan cara pemakaian skaf kepada ahli pengakap.
Penolong Pegawai Pelajaran Daerah Kuala Langat, En.Zulkifli Bin Mohamad telah merasmikan maslis penutup tersebut.