Tuesday, November 9, 2010

Makanan Dan Budaya Kaum


Makanan memainkan peranan dalam sesuatu kaum. Ada makanan kegemaran dan begitu juga makanan yang dilarang. Orang Melayu tidak makan daging babi. Begitu juga orang India tidak makan lembu. Maklumat ini walaupun diketahui umum namun ia tidak dipraktikkan. Orang Melayu mengharapkan kaum lain memahami dan menghormati budaya mereka tetapi mereka gagal menghormati budaya kaum lain. Ini jelas menjurus kepada kegagalan 1 Malaysia, SK Seri Cheding telah mengadakan jamuan tahun 6/ 2010. Saya dijemput dan dihidang limpa lembu. Perkara begini telah berlaku sebelum ini pada jamuan Hari Guru 2010 di sekolah ini dan telah ditegur oleh saya supaya mengadakan makanan yang boleh dimakan oleh semua seperti ikan dan ayam. Namun perkara ini terus diulang dan semua guru berkelakuan seperti tiada apa yang berlaku atau sedikit pun tidak menunjukkan rasa bersalah. Apakah perasaan kaum Melayu jika dihidang babi bersama makanan lain. Kan ada makanan lain disebelah lembu, makanlah... kan ada makanan lain disebelah babi, makanlah.... Adakah ini budaya Malaysia? Adakah ini akan membantu mewujudkan perpaduan? Cakap tara serupa bikin......... Janganlah gagalkan 1 Malaysia...